Raping foreign worker Myanmar woman Zul Mazuan Zul Hilman @ Suresh Kumar (red shirt) is brought to the Butterworth Sessions Court to be charged with four counts of rape and having unnatural sex charges.
Zul Mazuan Zul Hilman @ Suresh Kumar (baju merah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas empat pertuduhan termasuk melakukan seks luar tabii.

BUTTERWORTH – Seorang pemandu lori sampah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas empat pertuduhan termasuk melakukan seks luar tabii dan merogol wanita warga Myanmar pada 12 Oktober lalu.

Tertuduh, Zul Mazuan Zul Hilman @ Suresh Kumar, 25,  bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut pertuduhan pertama, Zul Mazuan didakwa memasukkan zakarnya ke dalam mulut wanita itu di sebuah rumah di Tingkat Kikik 2, Taman Inderawasih, Perai pada 12 Oktober lalu jam 4 pagi.

Bagi pertuduhah kedua dan ketiga, tertuduh didakwa telah merompak wang mangsa sebanyak RM200 dan merogol wanita terbabit dengan meletakkan pisau di lehernya pada tarikh, waktu dan tempat yang sama.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di bawah Seksyen 377B, Seksyen 392/397 dan Seksyen 376 (2) (b) Kanun Keseksaan.

Zul Mazuan Zul Hilman @ Suresh Kumar, 25, mengaku tidak bersalah.

Sementara itu, bagi pertuduhan keempat dia didakwa telah merompak seorang wanita tempatan berjumlah RM200.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 9 Oktober lepas, jam 5.15 pagi di Medan Kikik 1, Taman Inderawasih.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Noor Aini kemudian menetapkan jaminan RM50,000 secara keseluruhan dengan seorang penjamin untuk keempat-empat pertuduhan itu.

Bagi pertuduhan pertama, Zul Mazuan dikenakan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin, RM10,000 dengan seorang penjamin (kiraan kedua), RM15,000 dengan seorang penjamin (kiraan ketiga) dan RM10,000 dengan seorang penjamin (kiraan keempat).

Beliau turut menetapkan syarat tambahan dengan melarang tertuduh menggangu atau mendekati mangsa atau semua saksi pendakwaan sehingga kes berkenaan selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan 29 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aisyah Al Humayrah Kamarulzaman dan Nur Fazliyana Ahmad.

Tertuduh diwakili seorang peguam yang hanya mahu dikenali sebagai Yogesh.

ARTIKER BERKAITAN

Siang kutip sampah malam jadi perogol

MalaysiaGazette pada Rabu lalu melaporkan seorang pemandu lori sampah ditahan pada 12 Oktober lalu kerana dipercayai terlibat sekurang-kurangnya lima kes samun rogol sekitar daerah Seberang Perai Tengah sejak beberapa bulan lalu.

Suspek berusia 25 tahun itu akan mengintip kediaman pekerja kilang bujang sebelum pecah masuk pada keesokan hari bagi melakukan jenayah rogol dan samun. – MalaysiaGazette