Ratu Elizabeth menghadiri Majlis untuk meraikan Centenary of the Royal British Legion di Westminster Abbey, London, Britain pada 12 Oktober 2021.-Foto Reuters

LONDON – Ratu Elizabeth yang berusia 95 tahun bermalam di hospital untuk pertama kalinya sejak beberapa tahun lalu setelah untuk menjalani beberapa ujian kesihatan.

Kali terakhir beliau dimasukkan ke hospital adalah pada tahun 2013 ketika menderita gejala gastroenteritis.

Raja tertua dan berkuasa paling lama di dunia itu membatalkan lawatan rasmi ke Ireland Utara pada Rabu lalu.

Istana mengatakan bahawa ratu telah dimaklumkan untuk berehat oleh kakitangan perubatannya, dan penyakitnya tidak berkaitan dengan Covid-19.

Beliau dinasihati untuk berehat selama beberapa hari dan seorang sumber istana menyatakan bahawa ratu itu dimasukkan ke Hospital King Edward VII di London.

Pada malam Selasa lalu beliau mengadakan majlis untuk Bill Gates setelah Perdana Menteri, Boris Johnson mengadakan persidangan pelaburan hijau menjelang Persidangan Perubahan Iklam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP26).

Ratu itu kelihatan berada dalam keadaan sihat ketika itu, tersenyum ketika bertemu dengan para tetamu.

Pada awal bulan ini, beliau dilihat menggunakan tongkat untuk pertama kalinya selepas menjalani pembedahan lutut. – Reuters