Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUCHING – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak mahu amalan melantik kontraktor penyelamat terus berlaku dalam penyiapan projek kerajaan tetapi sebaliknya meminta pemantauan lebih ketat dibuat sejak dari awal projek berkenaan dijalankan.

Bercakap dalam sidang media selepas melawat tapak projek pembinaan Hospital Petra Jaya (HPJ) di sini, hari ini beliau berkata, kontraktor yang lewat atau gagal menyiapkan projek bukan hanya menjejaskan harapan kerajaan negeri dan rakyat, tetapi turut melibatkan kos yang tinggi.

“Kontraktor sedia ada sekarang perlu dipantau kerjanya sehingga siap kerana jika melibatkan kelewatan, pastinya harapan penduduk sekitar kawasan ini dan kerajaan untuk mendapatkan hospital akan terjejas dan lebih merugikan, adalah kos yang meningkat,” katanya.

Berkenaan HPJ, kontraktor penyelamat telah memulakan projek menyiapkan baki kerja terbengkalai sejak awal tahun ini dan hospital berkenaan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2024.

HPJ pernah dikategorikan sebagai ‘projek sakit’ apabila projek itu yang dijadualkan siap pada November 2016 telah tertangguh ekoran kelewatan pembinaan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast