Home Nasional Sebanyak 155 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu di Kuantan

Sebanyak 155 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu di Kuantan

KUANTAN – Sebanyak 155 saman telah dikeluarkan dalam tempoh tiga jam operasi bersepadu  di Jalan Batu 3 di sini malam tadi.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, operasi dijalankan bagi tujuan intervensi iaitu bagi pencegahan kesalahan jenayah dan memastikan pematuhan undang-undang jalan raya.

Dalam operasi itu, pihak berkuasa telah memeriksa kenderaan bagi memastikan pengguna jalan raya akur pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara memandangkan banyak kelonggaran dibenarkan sekarang.

“Ini bagi memastikan pengguna lebih mematuhi undang-undang jalan raya dan hasil pemeriksaan mendapati ada yang tidak mempunyai lesen memandu, tidak mematuhi spesifikasi kenderaan yang ditetapkan.

“Selain itu, lebih banyak kenderaan diperiksa maka lebih banyak kadar jenayah dapat dikawal dan dapat membatalkan hasrat penjenayah apabila melihat sekatan jalan raya dijalankan,” katanya pada sidang media malam tadi.

Seramai 135 anggota terlibat dalam operasi bersepadu melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar yang dijalankan bermula pukul 9 malam hingga 12 tengah malam tadi.

Daripada 155 saman, 86 saman pelbagai kesalahan oleh PDRM manakala 69 notis lagi daripada JPJ melibatkan pelbagai kesalahan telah dikeluarkan dan lima buah motosikal telah disita untuk tindakan lanjut.

Datuk Ramli Mohamed Yoosuf memeriksa kenderaan dala Ops Bersepadu di Jalan Batu 3, Kuantan malam tadi.

“Satu tangkapan dibuat kerana kesalah melakukan ‘whillie’ yang membahayakan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis juga memeriksa 21 lelaki bersabit kes narkotik  serta menangkap dua lelaki yang disyaki menggunakan ganja dan syabu di bawah Seksyen  15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Sebanyak 13 kenderaan telah diperiksa oleh satu notis telah dikeluakan oleh pihak JAS kerana gagal mematuhi Seksyen 48 (A) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,” katanya. – MalaysiaGazette