Gambar hiasan

KHARTOUM – Sekurang-kurangnya lapan dilaporkan terkorban manakala lebih 140 yang lain cedera dalam di Sudan selepas penunjuk perasaan bertempur dengan tentera.

Menurut kementerian kesihatan negara itu, mereka menjadi mangsa selepas ditembak askar.

Bantahan orang ramai berlaku sebaik pegawai kanan tentera negara itu mengumumkan darurat selepas perdana menteri Abdalla Hamdok bersama beberapa anggota kabinet lain ditahan.

Dalam pengumuman yang disiarkan melalui televisyen, Jeneral Abdel Fattah al Burhan menjelaskan tindakan rampasan kuasa dibuat bagi mengatasi kemelut peralihan kuasa yang tidak berkesudahan selepas bekas presiden Omar Al Bashir disingkir pada 2019.

Bagi tujuan itu beliau menegaskan Majlis Tertinggi Perubahan dan kabinet yang dibentuk sebelum ini perlu dibubarkan.

Berikutan perkembangan yang berlaku, pakatan utama parti pembangkang menyeru supaya diadakan bantahan aman bagi membantah rampasan kuasa oleh tentera dan memaklumkan usaha sedang dibuat untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran di jalanan. –  Agensi