revocation Emergency Ordinance legal firms Minister at Prime Minister's Deparment, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020. Parliament sitting emergency period legal firms lawyers essential services total lockdown FMCO The special National Security Council (MKN) meeting yesterday has allowed lawyers who need to represent their clients to face new charges, remand arrests and various criminal application to go to the court
Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyediakan perkhidmatan pembahagian pusaka kepada waris yang tidak mempunyai harta tak alih dengan pindaan Rang Undang-Undang Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 2021.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu dipinda dengan peluasan bidang kuasa harta pusaka kecil meliputi semua jenis harta dan peningkatan nilaian keseluruhan harta pusaka simati kepada RM5 juta daripada RM2 juta.

Katanya, bidang kuasa ‘harta pusaka kecil’ diperluaskan bagi meliputi semua jenis harta dan tidak lagi tertakluk kepada syarat simati mesti meninggalkan harta tak alih seperti sedia ada melalui pindaan Subseksyen 3(2).

“Pindaan ini akan memberi lebih kemudahan kepada kelompok rakyat yang tidak memiliki harta tak alih seperti rumah/tanah, sebagai contoh, simati hanya mempunyai kenderaan dan wang simpanan sahaja.

Takiyuddin berkata, cadangan pindaan dalam peningkatan nilaian adalah bersesuaian dengan tuntutan kenaikan nilaian hartanah semasa untuk memenuhi keperluan rakyat dalam urusan pembahagian harta pusaka simati.

“Jadinya, peningkatan nilaian setelah lebih 10 tahun dilaksanakan wajar dipertingkatkan dengan kadar semasa yang lebih bersesuaian iaitu kepada RM5 juta.

“Cadangan peningkatan ini juga dapat memberikan lebih kemudahan kepada rakyat apabila tidak perlu menguruskan pembahagian harta pusaka di mahkamah yang memerlukan mereka mendapatkan khidmat guaman dengan jumlah kos yang lebih tinggi,” katanya.

Takiyuddin memberitahu, pindaan turut memberi peluang kepada waris simati yang meninggalkan harta alih yang masih mempunyai liabiliti untuk mendapatkan autoriti perundangan bagi menguruskannya.

Ujarnya, dalam situasi sedia ada, terdapat kelompongan (lacuna) perundangan apabila waris yang terkesan ini dinafikan untuk mendapatkan penyelesaian perundangan atas alasan harta berkenaan masih mempunyai hutang dan belum dimiliki simati sepenuhnya.

“Perkara ini mendorong kepada peningkatan pengeluaran perintah palsu apabila rakyat dalam kelompok ini tidak mempunyai penyelesaian untuk mendapatkan autoriti bagi menyelesaikan harta peninggalan simati yang masih mempunyai hutang,” katanya.

Pindaan RUU itu juga memasukkan lantikan Sahabat Wakil sebagai pihak yang boleh menjadi pempetisyen atau pemohon sebagai wakil waris.

“Pindaan peruntukan Subseksyen 8(1) membolehkan wakil waris tunggal yang tidak mempunyai keupayaan di sisi undang-undang atau dalam keadaan berpenyakit yang serius dan terlantar sakit, menggunakan lantikan sahabat wakil sebagai pempetisyen atau pemohon untuk membuat permohonan pembahagian harta pusaka simati.

“Pindaan peruntukan Seksyen 10 pula penambahan dalam konteks pelantikan Penjaga sebagai wakil diri mereka yang tiada keupayaan dari segi undang-undang dalam membolehkan prosiding perbicaraan diteruskan.

“Ini dilakukan tanpa memprejudiskan hak atau bahagian yang layak diwarisi daripada pembahagian harta simati yang akan diterima memandangkan pelantikan ini adalah bertujuan untuk menghadiri prosiding perbicaraan pembahagian harta pusaka simati,” katanya.

Takiyuddin turut menjelaskan hasrat utama pindaan ini adalah untuk memberi pilihan kepada rakyat dalam pengurusan harta pusaka untuk mendapatkan perkhidmatan pengurusan pusaka yang ditawarkan kerajaan.

“Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dalam membantu dan memudahkan urusan rakyat khususnya bagi rakyat yang memerlukan dengan kadar yang begitu rendah dan tidak membebankan.

“Kesimpulannya, saya yakin RUU ini akan dapat memenuhi kekangan undang-undang sedia ada dalam mengisi kelompongan (lacuna).

“Ia juga melengkapkan peruntukan perundangan yang berkuat kuasa bagi memastikan pengurusan harta pusaka kecil negara dapat dikawal selia secara menyeluruh dengan cekap dan berkesan, di samping memenuhi aspirasi rakyat secara langsung,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast