KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan menerima lawatan kerja rasmi Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto ke Malaysia pada Khamis ini.
Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan, Hishammuddin akan mengiringi rakan sejawat beliau untuk melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Selesai kunjungan hormat itu, Prabowo delegasinya akan mengadakan pertemuan dua hala bersama Hishammuddin dan pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM). ujarnya.
Dalam pertemuan yang dirancang di Wisma Pertahanan, kedua-dua pemimpin akan membincangkan beberapa isu bersama bagi mengeratkan hubungan diplomasi pertahanan antara Malaysia dan Indonesia. – MalaysiaGazette