LONDON – Juara bertahan, Manchester City dikejutkan West Ham dalam saingan Piala Liga sekali gus tersingkir selepas mendominasinya selama empat musim lalu.
Perlawanan di Stadium London itu terpaksa ditentukan menerusi penentuan penalti yang dimenangi Hammers 5-3 selepas aksi sebenar berkesudahan 0-0.
Sebelum ini, Manchester United juga tersingkir di tangan West Ham pada pusingan terdahulu.
Ini menyaksikan Piala Liga musim ini tidak akan menjadi milik kelab dari Manchester buat kali pertama sejak 2015.
Turut mengesahkan tiket ke suku akhir adalah gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool, Tottenham dan Leicester City. – MalaysiaGazette