Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Simpanan individu sangat penting untuk kelangsungan hidup terutama dalam situasi krisis dan pandemik Covid-19 mendedahkan ramai rakyat Malaysia mempunyai simpanan yang rendah.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi Kementerian Kewangan, terdapat keperluan untuk menambah baik sistem perlindungan sosial sedia ada berikutan isu itu.

Kebanyakan individu terutamanya golongan yang bekerja sendiri dan bekerja dalam sektor informal tidak mencarum dalam sebarang program perlindungan sosial.

Kaji selidik Jabatan Perangkaan Malaysia pada Mac 2020 mendapati 71.4 peratus individu bekerja sendiri hanya dapat bertahan selama sebulan dengan hasil simpanan mereka.

Sejumlah 77.2 peratus majikan dan 82.7 peratus pekerja sektor swasta melaporkan simpanan mereka hanya mampu bertahan selama dua bulan.

Sementara itu, 78.9 peratus pekerja syarikat berkaitan kerajaan dan 75.2 peratus pekerja syarikat multinasional melaporkan, simpanan mereka hanya boleh bertahan selama empat bulan.- MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast