Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Bagi tahun hadapan, kerajaan bercadang untuk meningkatkan kadar pencen minimum di bawah Skim Keilatan daripada RM475 kepada RM550 yang akan membantu 56,000 isi rumah.

Selain itu, inisiatif ini diikuti dengan penyelarasan faedah-faedah Perkeso kepada kos sara hidup yang dijangka memanfaatkan lebih 400,000 penerima faedah sedia ada.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 berkata, dengan peningkatan ini, kerajaan juga bercadang meningkatkan siling gaji yang diinsuranskan daripada 4,000 kepada RM5,000 untuk menambah baik liputan keselamatan sosial bagi 9 juta pekerja
yang dilindungi oleh Perkeso.

Secara keseluruhan, inisiatif ini akan melibatkan penambahan faedah Perkeso yang berjumlah RM267 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast