The Special Dewan Rakyat Sitting at the Parliament in Kuala Lumpur. PIX COURTESY OF THE DEPARTMENT OF INFORMATION / 26 JULY 2021. motion of confidence motions no confidence Supply Bill 2022 Budget
Dewan Rakyat - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Semua Ahli-Ahli Parlimen akan diberikan dos penggalak bermula esok sebagai usaha memastikam imuniti mereka dapat dioptimumkan selepas kesemuanya lengkap menerima vaksin.

Pemakluman itu dibuat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang dibacakan oleh timbalannya, Datuk Abdul Rashid Hasnon sebentar tadi.

Katanya, pemberian dos berkenaan susulan daripada langkah pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah memulakan usaha itu sejak bulan lepas kepada individu yang telah lengkap vaksin.

“Tujuan pemberian dos penggalak ini bagi memastikan imuniti selepas diberikan dos lengkap dapat dikekalkan dalam tempoh yang optimum khususnya terhadap varian Delta.

“Sehubungan itu, untuk melindungi wakil-wakil rakyat yang kerap bertemu rakyat dan berisiko mendapat jangkitan Covid-19 maka, KKM akan memberikan dos pengalak- kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat bermula esok Selasa 2 November 2021 dan tarikh seterusnya akan ditentukan kelak.

“Pemberian dos pengalak ini akan bermula pukul 9.30 pagi di Dewan Banquet Parlimen Malaysia,” katanya ketika membacakan pemakluman tersebut.

Beliau berkata, bagi tujuan itu semua ahli Dewan Rakyat boleh membuat rujukan di klinik Parlimen.

Dalam perkembangan lain, Hasnon berkata, sebagai persediaan menyambut perayaan Deepavali pada Khamis ini Sidang Dewan pada Rabu akan bermula pukul 10 pagi dan tamat pada pukul 2 petang.

Ia bagi bagi memudahkan ahli-ahli Parlimen pulang ke kampung halaman masing-masing untuk meraikan perayaan berkenaan.

Pengumuman itu disambut baik oleh kesemua ahli Dewan Rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast