Hasni (tengah) beramah mesra dengan peneroka Felda Lok heng Timur ketika hadir pada Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah peringkat Dua, Felda Lok Heng Timur di Kompleks Sukan Komuniti, Felda Lok Heng Timur, se

KOTA TINGGI – Kawasan alam semula jadi di  Kota Tinggi  akan  terus  dipelihara  bagi  mengimbangi impak  pembangunan  di daerah  berkenaan, khususnya  di kawasan  Pengerang.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad  berkata, pembangunan  dalam  industri minyak dan  gas di  Pengerang  adalah  sesuatu  yang  perlu  dilakukan  walaupun  sedikit  sebanyak  memberi  impak terhadap  kualiti udara  di kawasan berkenaan.

”Pembangunan  di  Pengerang  dan  Dasar Perubahan  Iklim  Negara  perlu  diseimbangkan.  Jadi,  saya  dan pegawai  daerah  melihat  daerah  Kota  Tinggi  perlu  kita  jaga  dan  pelihara  kawasan  alam  semula  jadinya, kawasan  hutannya,”  katanya.

Beliau berkata demikian  pada  Majlis  Penyampaian  Hak  Milik  Tanah  peringkat  Dua,  Felda  Lok  Heng Timur  di  Kompleks  Sukan  Komuniti,  Felda  Lok  Heng  Timur di sini sempena  lawatan  kerja  sehari  beliau  ke daerah  Kota  Tinggi, semalam.

Hasni berkata,  lawatan  berkenaan  memberi  peluang  kepada  beliau  dan  kepimpinan negeri  untuk  duduk  berbincang  bersamasama  kepimpinan  di  peringkat  daerah  bagi  mencari penyelesaian  terhadap  isu-isu  yang  berlaku  di daerah  berkenaan.

Beliau  berkata,  antara  isu  yang  dibangkitkan  ialah  pembangunan  di  Pengerang,  pencerobohan  gajah liar dan  masalah  air di  Felda Lok  Heng.

”Sebab  itu  kami  datang  berbincang  dan  menyusun  penyelesaian termasuklah  isu air  di Felda  Lok  Heng  ini,”  katanya.

Pada  majlis itu,  seramai  225  peneroka  peringkat  dua  di Felda berkenaan  menerima hak  milik  tanah.

Dalam  ucapannya, beliau  turut  mengingatkan  penerima  supaya menjaga tanah berkenaan.

”Apabila  kita  bagi  hak  milik  ini,  maka  jagalah.  Saya  tahu  tuan-tuan  dan  puan jaga  hak  milik puan  sudah  menunggu lama  untuk  mendapatkan  hak  milik  ini.

“Kita  akan  meneruskan  pemberian  hak  milik  ini.  Kerajaan  negeri  telahpun  meluluskan untuk peringkat  kedua ini pada 28  Disember  lalu  kepada 225  peneroka.

“Bagi  hak  milik  peringkat  ketiga  nanti,  membabitkan lebih  40  peneroka  dan kita akan muktamadkan prosesnya,”  katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast