IMBAS SEMULA. Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak beramah mesra bersama penduduk setempat ketika membuat lawatan di sekitar Kampung Nelayan Tanjung Kling, Melaka. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 29 OKTOBER 2021.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan kompaun bernilai RM20,000 kepada Perikatan Nasional (PN) sebagai penganjur perhimpunan melibatkan kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin di negeri itu baru-baru ini.

ia dibuat hasil pemantauan dan siasatan pihaknya di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Tawaran kompaun tersebut dikeluarkan di bawah Peraturan 16, Peraturan – Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Selain itu, satu lagi kompaun sebanyak RM4, 000 juga dikenakan kepada penganjur program melibatkan Datuk Seri Najib Razak di Melaka baru-baru ini, kata kenyataan KKM hari ini.

“Kedua-dua kompaun ini dikeluarkan berikutan kegagalan pihak penganjur memastikan pematuhan penjarakan fizikal oleh orang ramai yang hadir ke program tersebut,” kata kenyataan yang sama.

Bagaimanapun, hasil siasatan KKM mendapati tiada pelanggaran SOP dalam aktiviti Muhyiddin dan Najib.

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mendapati tiada aktiviti berbentuk perhimpunan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sepanjang tempoh walkabout kedua-dua individu tersebut.- MalaysiaGazette