Tiga lagi kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tiga lagi kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kluster adalah sebanyak 5,796.

“Jumlah kluster yang sudah tamat adalah sebanyak 5,441 manakala yang masih aktif adalah 355. Selain itu. Kes harian jangkitan Covid-19 yang dilapor hari ini 4,922,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kluster-kluster tersebut adalah Dah 3/5 Industri (Sungai Petani, Kedah), Jalan Yahya 4 (Kuala Lumpur) dan Muhibbah Sungai Papan (Kota Tinggi, Johor).

Dr. Noor Hisham berkata, kes tempatan masih merekodkan jumlah yang tinggi dengan 4,922 kes berbanding kes import adalah sebanyak 10 kes di mana tujuh adalah warganegara dan tiga lagi bukan warganegara.

Menurut kenyataan itu lagi, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah 529 kes.

“Daripada keseluruhan jumlah kes tersebut, 80 kes adalah kategori 3,4 dan 5. Selain daripada jumlah itu adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2 iaitu berjumlah 4,842 kes,” katanya lagi.

Sementara itu bagi bacaan nilai Rt mengikut negeri, Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatat bacaan 1.11 diikuti Negeri Sembilan iaitu 1.02.

Wilayah Persekutuan Labuan kekal dengan bacaan 0 diikuti Perak dengan bacaan 0.84.

Secara keseluruhan, jumlah kumulatif kes Covid-19 hari ini bertambah kepada 2,497,265.

Data melalui CovidNow juga menunjukkan kemasukan hospital di di Terengganu meningkat sebanyak 30 peratus, Negeri Sembilan 14.6 peratus dan Pahang 11.5 peratus.

Bagaimanapun, jumlah kemasukan hospital di seluruh negara sejak tujuh hari lepas jatuh sebanyak 5.7 peratus berbanding tempoh yang sama sebelumnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

4,922 kes Covid-19 hari ini