KOTA BHARU – Malaysia di ambang kejayaan dalam menangani penularan COVID-19 meskipun belum diisytiharkan menang, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Bagaimanapun beliau menyeru rakyat di negara ini agar terus mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
“Saya tahu rakyat sudah rasa gelisah tidak mahu pakai pelitup muka, malah penggunaan katil untuk pesakit COVID-19 ketika ini juga menurun kepada 40 peratus.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Mohd Shafiq Abdullah.
Khairy berkata hanya dua negeri lagi masih berada di Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) iaitu Kelantan dan Sarawak berbanding negeri lain yang telah beralih ke Fasa Empat.