KUALA LUMPUR – Setakat 11.59 malam tadi, 75.2 peratus atau 24,552,038 individu di negara ini telah lengkap diberi vaksin COVID-19.
Sementara itu, 94.8 peratus atau 22,194,116 individu kadar populasi dewasa juga telah lengkap menerima dos vaksin.
Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 97.4 peratus atau 22,809,218 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Setakat semalam juga, sebanyak 2,357,922 atau 74.9 peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin, manakala 86.3 peratus atau 2,715,817 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak pula kini sebanyak 506,236.- MalaysiaGazette