Calon Barisan Nasional DUN N.25 Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar (dua dari kiri) bergambar bersama calon Pakatan Harapan Prasanth Kumar (tengah), Calon Perikatan Nasional, Azalina Abdul Rahman (dua dari kanan) selepas menghantar borang percalonan pada hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Dewan MPJ Lipat Kajang, Melaka. Foto AMIRUL SHAUFIQ 08 NOVEMBER 2021.

MELAKA – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim N25 menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Ia membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Khaidhirah Abu Zahar; calon Perikatan Nasional (PN), Azalina Abd Rahman dan calon Pakatan Harapan, Prasant Kumar A/L Brakasam.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Rim, Ahmad Khairul Nazli Abdul Ishak, berkata, borang pencalonan pertama dikemukakan Khadirah, pada jam 9.02 pagi.

Ia diikuti calon PN, pada jam 9.07 pagi dan calon PH pada jam 9.11 pagi.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan pengesahan pencalonan bagi DUN berkenaan di Dewan Majlis Perbandaran Jasin, Lipat Kajang, hari ini.

Ahmad Khairul Nazli juga memaklumkan, tiada lagi calon lain hadir untuk mengemukakan pencalonan atau pencalonan yang ditolak.

Terdahulu, Prasant Kumar paling awal tiba jam 8 pagi bersama seorang penyokong dan pencadang.

Ia diikuti Khaidhirah yang tiba di pekarangan dewan itu jam 8.30 pagi, manakala Calon PN daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Azalinaa pula tiba di pusat bersama penyokong dan pencadang sekitar jam 8.58 pagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast