Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 35 kes kematian lagi dilaporkan akibat jangkitan Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif bertambah kepada 29,256.

Daripada jumlah itu, lima kes adalah kematian di luar hospital (BID).

Kementerian Kesihatan berkata, Sarawak dan Johor merekodkan angka kematian tinggi masing-masing dengan enam kes.

Terengganu dan Perak (5), Kelantan dan Pahang (4), Sabah dan Pulau Pinang (2) dan Negeri Sembilan (1).

Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Melaka, Kedah dan Labuan sifar kes kematian.

Dalam pada itu, sebanyak 64,623 kes aktif dilaporkan dengan 554 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 272 yang memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast