Mohamed Azmin Ali Gombak voters fiduciary duties deceit
Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Kajian analisis kos faedah (CBA) Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) akan dimuktamadkan selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, CPTPP pula dijangka dapat diratifikasi selewat-lewatnya pada pertengahan tahun depan.

“Kita telah melaksanakan CBA sekali lagi pada tahun ini memandangkan negara serta global menghadapi pandemik dan harus melihat semula kesan daripada Perjanjian Perdagangan Antarabangsa yang telah kita ditandatangani.

“CBA yang dimuktamadkan pada hujung tahun ini akan dikemukakan dan mendapat mandat baharu daripada jemaah menteri sebelum proses dalaman dapat diteruskan,” katanya selepas merasmikan acara Malaysia Aerospace Summit 2021 di sini, hari ini.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast