Najib Razak

KUALA LUMPUR – Pendirian Pakatan Harapan (PH) yang tidak konsisten berhubung isu lompat parti boleh mengakibatkan pengundi dan penyokong pakatan itu pening, kata Datuk Seri Najib Razak.

Masakan tidak, dulu PH kata mereka tidak akan terima individu lompat parti sebab mereka pengkhianat.

Tetapi, baru-baru ini Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Samad berkata, PH tidak ada masalah terima dua ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang menyebabkan kerajaan negeri itu tumbang untuk lompat parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerana mereka adalah katak berprinsip.

Mereka yang dimaksudkan Khalid ialah Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan.

Yang terbaharu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, parti itu mahu PH membentangkan enakmen antilompat parti sekiranya gabungan itu menang PRN Melaka dan berjaya menjadi kerajaan semula

”PH tetap fikir pengundi masih mudah untuk ditipu seperti PRU (pilihan raya umum) dulu,” kata Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast