Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komioner Wan Mohd Zahari Wan Busu dialog Ketua Polis Daerah Kuantan bersama warga  dan Polis Bantuan Pelabuhan Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seramai 72 anggota polis bantuan dipertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman dalam melaksanakan tugas harian di Pelabuhan Kuantan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, tugas hakiki mereka setara dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan pemantauan 24 jam dilakukan.

Jelasnya fungsi polis bantuan menjaga keselamatan dan harta benda menjaga harta benda majikan mereka menggunakan kuasa polis yang diamanahkan di kawasan tersebut.

“Tugasan paling mustahak ialah mengutamakan harta milik majikan dalam Pelabuhan Kuantan supaya tidak diserahkan kepada PDRM semata-mata sebaliknya sepenuhnya tanggungjawab polis bantuan.

“Fungsi dan kuasa mengesan dan menangkap penjenayah di dalam kawasan Pelabuhan Kuantan sama dengan polis biasa,” katanya ketika sesi dialog Ketua Polis Daerah Kuantan bersama warga  dan Polis Bantuan Pelabuhan Kuantan di sini hari ini.

Menerusi dialog tersebut, sesi bertukar pendapat dan permasalahan dikongsi bagi mencari pemuafakatan bersama antara Polis Bantuan Pelabuhan dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Untuk rekod, sehingga kini sebanyak tiga kes jenayah direkodkan di dalam kawasan Pelabuhan Kuantan berbading empat kes pada tahun lepas. – MalaysiaGazette