N.02 Tanjung Bidara candidate from Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh at a special interview with MalaysiaGazette at Villa D'Acqua, Masjid Tanah, Melaka. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette /09 NOVEMBER 2021. UMNO Melaka State Election
N.02 Tanjung Bidara candidate from Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh at a special interview with MalaysiaGazette at Villa D'Acqua, Masjid Tanah, Melaka. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette /09 NOVEMBER 2021. Calon Barisan Nasional (BN) N.02 Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh bercakap semasa Temubual Khas di Villa D'Acqua, Masjid Tanah, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 09 NOVEMBER 2021.

AYER KEROH – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15 adalah medan terbaik untuk Barisan Nasional (BN) kembali mentadbir negeri ini.

Calon BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (Tanjung Bidara), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kesilapan sebelum ini harus ditebus dan pastikan ia tidak diulangi.

“Saya berharap, kita semua tidak terkena buat kali kedua, jangan silap dua kali.

“Jangan terkena lagi, cukuplah kita sengsara selama 22 bulan,” katanya ketika dalam program Melaka Memilih.

Beliau berkata, BN sudah membuktikan kejayaan selama memerintah sejak selepas merdeka lagi dan UMNO sudah mengorak langkah dengan pelbagai perubahan termasuk mengetengahkan calon baharu untuk PRN kali ini.

Tambah beliau, hanya empat calon lama dikekalkan dan ini menunjukkan hala tuju juga semakin berubah.

Jelasnya, calon muda yang diketengahkan adalah jaedah terbaik untuk memberi prluang dan ruang kepada orang muda untuk menimba pengalaman.

“Kalau kita buka peluang sekarang, mereka akan ada pengalaman luas menjelang 20 tahun akan datang,” katanya.

Ab Rauf berkata, biar apapun langkah perubahan yang dilakukan BN, ia harus didukung oleh rakyat Melaka dengan keluar mengundi dan memangkah calon yang betul.

Ditanya mengenai pertandingan tig penjuru yang memberi kelebihan kepadanya memandangkan ia adalah kerusi tradisi UMNO, Abd Rauf berkata banyak perkara yang perlu dilakukan.

“Ada yang cakap macam tu, tapi bagi saya, pertandingan ini setara, cuma ia mungkin kelebihan kerana saya adalah orang sini dan menetap di sini.

“Saya tahu apa yang berlaku di sini dan tahu apakah perubahan yang seharusnya dilakukan untuk Tanjung Bidara,” katanya.

PRN Melaka akan diadakan pada 20 November menyaksikan 112 calon akan merebut 28 kerusi DUN Melaka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast