Wakil kepada calon PH di DUN Klebang, Lee Chean Chung hantar surat jemputan menghadiri program berdebat kepada calon BN, Datuk Lim Ban Hong dan calon PN Bakri Jamaluddin.
Wakil kepada calon PH di DUN Klebang, Lee Chean Chung hantar surat jemputan menghadiri program berdebat kepada calon BN, Datuk Lim Ban Hong dan calon PN Bakri Jamaluddin.

MELAKA – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang mengemukakan jemputan kepada lawannya untuk berdebat.

Menurut ADUN Semambau, Lee Chean Chung, debat tersebut akan membolehkan calon yang bertanding mengemukakan dasar dan pelan khusus kepada pengundi Klebang.

“Cadangan ini adalah bagi pihak Datuk Gue Teck (calon PH DUN Klebang) untuk mencadangkan satu sesi perdebatan pada Sabtu ini jam 8.30 malam.

“Ia bagi mewujudkan satu platform untuk mereka mengemukakan dasar dan pandangan mereka untuk membangunkan DUN Klebang ini dan boleh berikan lebih kesedaran supaya calon,” katanya semasa menyerahkan surat cadangan itu di bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Klebang, hari ini.

Surat cadangan itu diterima pegawai khas kepada calon BN Klebang, Datuk Lim Ban Hong.

DUN Kelebang akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Ban Hong (BN) dengan penyandang, Guen Teck (PH-PKR) dan Bakri Jamaluddin (PN-Pas).

Dalam jemputan itu, Chean Chung berkata debat itu akan membolehkan mereka yang bertanding membentangkan pemikiran politik, pelan pembangunan komuniti atau kawasan DUN serta dasar berkenaan masyarakat serta ekonomi.

Turut dijemput dipanjangkan kepada Bakri.

Ditanya samada sesi debat itu akan dibuat secara fizikal atau dalam talian, pihaknya menyerahkan kepada calon yang bertanding untuk membuat keputusan.

“Terpulang kepada maklum balas kedua-dua pihak sekiranya nak buat secara langsung, dan sekiranya mereka mahukan secara fizikal hanya dua orang calon sahaja.

“Kita tidak galakkan untuk adakan perhimpunan,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tak payan nak debat lah musibat…itu Quek PH mana pergi? lepas menang DUN Klebang dlm PRU, batang hidung pun tak nampak..lg skrg datang mau debat pulak? Itu Lim Ban Hong semua org kenal…org kampung kenduri kah, sakit ka .meninggal kaa..mesti dia datang…yg ko ni sape musibat? masuk kampung pun tak pernah..tetiba nak berdebat..apa kejadahnya..ko jgn harap kami org Kelebang nak undi ko lg…

Comments are closed.