Calon PN N.02 Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (tengah) beramah mesra dengan penduduk setempat ketika bersarapan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Pengkalan Balak, Melaka. Foto FAREEZ FADZIL, 10 NOVEMBER 2021.

PENGKALAN BALAK – Susulan kekangan berkempen secara fizikal sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kaedah bertemu dengan rakyat melalui bersarapan di kedai makan menjadi pilihan calon-calon yang bertanding kali ini.

Kaedah sama turut dimanfaatkan calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi N02 Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang tidak melepaskan peluang itu, secara tidak langsung dapat bersua muka dengan penduduk tempatan.

“Sewaktu saya nak pergi ke bilik gerakan(PN), itu yang saya singgah kejap minum pagi sambil jumpa sesiapa di sini, rakan mahu pun pengundi di sini.

“Kalau ada kesempatan, dapat singgah makan dan sebagainya, itu saja peluang yang ada, tapi tak ramai dapat jumpa.

“Kalau macam ini pun tengah nak minum pagi dan sebagainya, ada jumpa dalam lapan hingga 15 orang.

“Itu pun rezeki Alhamdulillah, dapat lah kita tanya khabar, tanya pandangan dan sebagainya,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui bersarapan di kedai makan di sini, pagi ini.

Mas Ermieyati berkata, selain itu beliau turut memanfaatkan sepenuhnya platform media sosial untuk bertemu dengan rakyat secara maya

“Setakat ini saya melihat respon yang sangat baik

“Alhamdulillah kita pun dalam tempoh susah nak berkempen ini, SOP yang ketat, jadi masa untuk berjumpa dengan ramai pengundi agak terhad

“Jadi kita gunakan medium media sosial dan sebagainya,” katanya.

Ahli Parlimen Masjid Tanah itu juga tidak mahu dianggap sebagai sombong dan tidak mesra rakyat apabila turun ke mana-mana tempat tanpa bertegur sapa dengan rakyat.

“Saya nak makan, saya nak minum pagi, takkan bila minum pagi ini kau duduk diam-diam senyap saja kan, kena lah berjumpa, kena lah bercakap.

“Nanti orang kata YB menonong saja, tak boleh macam itu, kena tanya apa khabar, niaga okay ker tidak.

“Saya rasa kaedah itu tak salah, sambil menyelam minum air,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast