Covid-19 cases
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Jangkitan harian Covid-19 menurun kepada 5,809 kes sehingga petang ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berbanding semalam, sebanyak 6,517 kes – hari ini jangkitan itu menurun sebanyak 708 kes.

Catatan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di seluruh negara ini mencecah 2,541,147, katanya.

“Maklumat terperinci mengenai Covid-19 akan dimuatnaik ke laman CovidNow: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman itu adalah dikemaskini selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini. – MalaysiaGazette