Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak bersama calon Barisan Nasional N.07 Gadek, P. Shanmugam (kiri) beramah mesra dengan penduduk setempat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Warung Vateran, Kuala Ina, Melaka. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 14 NOVEMBER 2021

MELAKA – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Gadek, VP Shanmugam menghargai nasihat yang diberikan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak supaya beliau bekerja keras dan mendekati opengundi.

Katanya, Najib juga menasihatinya supaya tidak sesekali marah atau hilang sabar seandainya pengundi meluahkan perasaan kerana itu adalah hak mereka yang kecewa dengan segelintir kepimpinan.

“Pada saya semua nasihat itu sangat berharga dan akan saya sentiasa saya ingat,” katanya di Kampung Padang Sebang, di sini, hari ini.

Calon Barisan Nasional N.07 Gadek, P. Shanmugam bermain bersama penduduk kampung selepas hadir ke perlawanan takraw di Kampung Pulau Sebang, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 14 NOVEMBER 2021.

Najib dan Shanmugam turut mengambil kesempatan menyantuni penduduk setempat selain mendengar permasalahan mereka.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Shanmugam akan ditentang Saminathan (DAP-PH), Mohd Amir Fitri Muharam (Bersatu-PN), Laila Norinda Maon (Putra), Azafen Amin (bebas) dan Mohan Singh (bebas).

Menurut Shanmugam, Najib turut memberi semangat kepadanya dengan menyatakan beliau tidak keseorangan, sebaliknya warga Gadek dan jentera pilihan raya akan memastikan kemenangan berpihak calon BN itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast