Calon Bebas N.26 Serkam, Datuk Norazlanshah Hazali bercakap selepas membuat lawatan ke kedai runcit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Kampung Paya Tanjung, Merlimau, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 15 NOVEMBER 2021.

AYER KEROH – Calon-calon bebas dalam Gagasan Bebas menemplak pihak-pihak yang melemparkan tuduhan mengatakan mereka ditaja oleh parti-parti politik untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Wakil calon bebas, Datuk Norazalanshah Hazali berkata, mereka menyedari terdapat banyak fitnah yang berlegar-legar di laman-laman sosial yang menuduh mereka dengan perkara demikian

“Kami nak jelaskan tiada siapa-siapa di belakang kami, tiada parti ataupun pemimpin politik berada di belakang kami.

“Kami nak bebas kalau tidak buat apa kami ada sepakatan (Gagasan Bebas) macam ini.

“Harap semua jelas, jangan kaitkan kami dengan mana-mana YB pemimpin terdahulu atau kaitkan kami dengan parti politik yang ada, kami tak macam itu,” katanya ketika ditemui di lobi bangunan Menara Persekutuan, di sini, hari ini.

Menurut Norazalanshah, sebagai bukti mereka sendiri tidak memiliki bilik gerakan malah tidak ada sebarang bendera yang digunakan sepanjang berkempen.

Ujarnya, mereka hanya mampu bergerak secara bersama dengan menggunakan apa yang ada di tangan untuk memastikan kempen yang dibuat boleh dijalankan.

“Yang terbaru kita dapat maklumat ada juga yang mengatakan di belakang kami ada DAP dan sebagainya, benda yang terang dan jelas kita akan bawa perkara ini kemuka pengadilan (buat laporan),” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast