MERLIMAU – Perikatan Nasional (PN) optimis pengundi Melaka akan memilih calon gabungan parti politik itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.
Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengadakan lawatan ke Melaka selama tiga hari bermula hari ni berkata, harapan itu dilahirkan bagi memastikan sokongan majoriti pengundi.
“Saya optimis berdasarkan pencapaian dan kejayaan kita capai di bawah kerajan PN Persekutuan sejak tahun lalu, rakyat Melaka dapat buat keputusan terbaik untuk bentuk kerajaan Melaka yang stabil.
“Kidmat terbaik untuk rakyat di Melaka khusus dalam pandemik masih di tahap membimbangkan walaupun jumlah kes menurun,” katanya ketika ditemui media di Merlimau, malam ini.
Ditanya jumlah kerusi yang dijangka dimenangi PN, Mohamed Azmin berkata, pihaknya belum pasti.
“Sukar maklum angka (kerusi) masih ada seminggu, ini pecutan terakhir untuk kita santuni pengundi, walaupun SOP sukar seperti yang diumumkan SPR dan MKN kerana hasrat mereka dan kesihatan rakyat,” katanya.
Dalam pada itu, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata. PN perlu terus menggunakan kaedah baharu dalam memperkenalkan calon-calon khususnya muka baharu.
Dalam pada itu, Azmin berkata, PN kini sedang fokus kepada menarik minat pengundi kepada gabungan itu dan merencanakan manifesto.
“Tujuan kita hari ini untuk pastikan pengundi Melaka dapat buat keputusan tepat pada 20 November dan kita tumpu sepenuh masa beri penjelasan tentang manifesto dan dasar yang akan dilakukan.
“Walaupun tak begitu sukar yakinkan pengundi kerana mereka lihat rekod kejayaam PN dalam keadaan negara menghadapi krisis ekonomi dan kesihatan, kerajaan dipimpin Tan Sri Muhyiddin ketika itu berjaya bawa negara ke tahap lebih selamat,” jelasnya. – MalaysiaGazette