Keadaan lokasi letupan di Kabul. foto Twitter

KABUL – Dua letupan melanda ibu negara Afghanistan, Kabul pada hari Rabu, membunuh sekurang-kurangnya seorang dan mencederakan sekurang-kurangnya enam, termasuk tiga wanita, kata pegawai dan penduduk Taliban.

Satu letupan bom kereta di Dasht-e Barchi, kawasan penganut Syiah di barat Kabul, membunuh seorang awam dan mencederakan enam, kata jurucakap kementerian dalam negeri Qari Sayeed Khosty dalam tweet.

Tiada pengesahan jumlah mangsa dan seorang pegawai Taliban, yang enggan namanya disiarkan berkata, tujuh orang terbunuh dan sembilan cedera.

Letupan kedua turut dilaporkan berlaku di kawasan berhampiran Karte 3.

Seorang pegawai Taliban berkata, pasukan keselamatan masih mengumpul maklumat.

Imej yang disiarkan di media sosial menunjukkan sebuah kereta musnah dijilat api serta serpihan letupan bersepah di kawasan berkenaan.

Letupan itu menambah kepada beberapa siri letupan yang melanda Kabul sejak kebelakangan ini dengan kawasan Syiah di barat bandar itu disasarkan beberapa kali.

Setakat ini tiada yang mengaku bertanggungjawab militan Daesh telah mendakwa beberapa serangan ke atas sasaran Syiah termasuk masjid. – Reuters

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast