Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat manakala mangsa cedera turut menerima rawatan di hospital sama.

BUTTERWORTH –  Markas Tentera Udara mengesahkan seorang pegawainya maut manakala seorang lagi cedera selepas pesawat Hawk terhempas di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterworth di sini, malam tadi.

Insiden jam 10.07 malam itu menyebabkan Kapten Mohamad Affendi  Bustamy maut manakala Mejar Mohd Fareez Omar kini sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.

Katanya, kedua-dua juruterbang itu sedang melaksanakan latihan penerbangan.

“Keadaan Mejar Mohd Fareez kini stabil manakala urusan jenazah Kapten Mohamad Affendi sedang diuruskan.

“Kedua-dua juruterbang telah berkahwin dan pihak kami telah memaklumkan kejadian kepada  kedua-dua keluarga juruterbang ini.

“TUDM akan memastikan urusan kebajikan keluarga mangsa diutamakan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya, TUDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan Terperinci bagi menyiasat insiden ini.

“Kita sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan ini.

“Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau sebarang berita yang tidak sahih,” katanya. – MalaysiaGazette 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast