(Dari Kiri) Matt Davies, Corbin Ong dan Arif Aiman.

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengambil risiko meminggirkan beberapa pemain bintang termasuk daripada juara Liga Super lapan kali, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Antaranya Corbin Ong dan Matt Davies bagi saingan Piala AFF Suzuki 2020 kali ini.

Selain mereka berdua, penjaga gol yang juga kapten JDT, Farizal Marlias juga tidak dipanggil ke dalam skuad kali ini dengan penjaga gol Perak FC dan skuad B-23 negara, Azri Ghani menjadi sebagai pilihan baharu.

Foto Facebook FAM.

Turut menjadi tanda tanya adalah tentang  bintang meningkat naik, Arif Aiman Hanapi yang sebelum ini ‘hilang’ dalam skuad B-22 negara dan kali ini daripada senarai skuad Harimau Malaya pula.

Cheng Hoe menyenaraikan lima penyerang untuk dipertimbangkannya termasuk Darren Lok, Shahrel Fikri dan Guilherme de Paula daripada senarai 28 pemain untuk kem latihan pusat bagi Piala AFF Suzuki 2020 yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia di sini hari ini.

Masih mengejutkan apabila De Paula masih menjadi antara pilihan utama skuad kendaliannya, namun Cheng Hoe menyenaraikan Darren Lok dan Shahrel Fikri bersama Luqman Hakim dan Syafiq Ahmad. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast