Home Politik Rakaman dua individu cabut bendera PN tular

Rakaman dua individu cabut bendera PN tular

AYER KEROH – Satu rakaman menunjukkan beberapa individu merosakkan bahan kempen parti Perikatan Nasional (PN) tular di aplikasi Whatsapp hari ini.

Video berdurasi 27 saat itu dikongsikan kepada media menerusi group Whatsapp Media Pas bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Rakaman itu menunjukkan dua individu mencabut bendera PN di tepi jalan pada waktu malam.

Bagaimanapun tidak ada maklumat berhubung lokasi kejadian dan masa ia dilaporkan berlaku.

Difahamkan, kejadian itu didakwa terjadi di sebuah kampung dan rakaman diambil oleh penduduk yang kebetulan berada di situ.

Berdasarkan pemerhatian pada video berkenaan, dua individu terbabit menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4) dengan di belakangnya terdapat beberapa bendera parti Pakatan Harapan (PH).

Terdengar suara seorang lelaki menegur secara kasar perbuatan individu-individu terbabit menyebabtkan mereka kemudiannya cabut lari.

“Hoi, apa buat tu? Takda kerja dah..apa korang buat ni ha..bangkai, laknat betul korang…takdae kerja ke orang PH ini,” demikian suara yang kedengaran daripada rakaman itu.

Bagaimanapun, nombor plat kenderaan yang digunakan sukar dikesan ekoran rakaman pada bahagian yang menunjukkkan nombor tersebut tiba-tiba menjadi gelap.

Malah, tidak juga tertera poster parti mahupun gambar calon yang dilekatkan pada kenderaan berkenaan.

Jurucakap parti Pas dalam group tersebut ketika dihubungi  tidak mengetahui berhubung insiden itu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast