Former Chairman of Bersatu Bertam Ulu, Rosjihan Abdul Rahman (right) in a special news conference stating their support to the candidate N.11 Sungai Udang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad from Barisan Nasional at Baitul Tariq Klebang, Melaka. PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 17 NOVEMBER 2021
Former Chairman of Bersatu Bertam Ulu, Rosjihan Abdul Rahman (right) in a special news conference stating their support to the candidate N.11 Sungai Udang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad from Barisan Nasional at Baitul Tariq Klebang, Melaka. PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 17 NOVEMBER 2021 Bekas Pengerusi Bersatu Bertam Ulu, Rosjihan Abdul Rahman (kanan) pada sidang media khas 70 ahli Bersatu Tangga Batu mengumumkan keluar parti dan menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional N.11 Sungai Udang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad di Baitul Tariq Klebang, Melaka. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 17 NOVEMBER 2021.

MELAKA – Seramai 95 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tangga Batu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO, malam tadi.

Ahli-ahli Cawangan Bertam mengambil tindakan tersebut selepas merasakan perjuangan mereka tidak bermakna lagi kerana apa yang dilaungkan kepimpinan tertinggi cawangan tidak lebih daripada retorik.

Pengerusi Tetap Bersatu cawangan berkenaan, Rosjihan Abdul Rahman mendakwa, pemimpin parti hanya mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan perjuangan sebenar.

“Kami dipinggirkan begitu sahaja. Kami bersendirian selama ini. Kami tidak lebih daripada pencacai dan tangga untuk dia (pemimpin cawangan) menonjolkan diri serta mendapatkan jawatan. Kami kecewa dan rasa dihina.

“Kami seperti tidak dihargai dan sebab itu kami meninggalkan parti demi kepentingan agama, bangsa dan negara,” katanya di Klebang, semalam.

Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Tangga Batu merangkap calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

Pada malam sama seramai 500 ahli Bersatu Pengkalan Batu turut bertindak keluar parti dan tidak menyertai mana-mana parti. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast