Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin - Foto HAZROL ZAINAL, 18 NOVEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersikap terbuka dan tidak kisah sekiranya gabungan parti itu masih lagi digelar underdog.

Beliau berkata, kemenangan PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung pada tahun lalu menjadi bukti gabungan tersebut tidak boleh dipandang sebelah mata.

“Tak apalah dia boleh letak kita sebagai underdog yang mungkin orang tidak tahu, tidak kenal. Saya pun tak nak angkat bakul sendiri.

“Kita ambil contoh di Sabah, waktu kita bertanding atas nama PN, PN baru tiga minggu ditubuhkan. Sekarang kita sudah membentuk kerajaan lebih setahun dan terbukti ada kemampuan jadi kadang-kadang mereka lupa rekod itu, mereka kalah di sana,” katanya menerusi sidang media di Ibu Pejabat PN di Publika hari ini.

Hadir sama, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Bekas Perdana Menteri itu turut mengingatkan supaya tidak ada mana-mana pihak yang memandang rendah terhadap kebijaksanaan pengundi-pengundi di negeri Melaka.

“Saya harap pengundi yang ada di Melaka akan faham, media atau penulis itu mereka kadang-kadang ada kecenderungan (tersendiri) macam dua parti sahaja bertanding, kita ini tiada.

“Itu terserah dan orang kata jangan underestimate kebijaksaan pengundi yang ada di Melaka,” ujarnya.

Sebelum ini, terdapat beberapa laporan media yang menyiarkan PRN Melaka bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru namun saingan sebenar dilihat tertumpu antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Ia berikutan kedua-dua parti terbabit dilihat lebih dominan dalam persaingan untuk memenangi pilihan raya berbanding PN. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast