Pesawat F-35; foto: Facebook

LONDON – Sebuah pesawat pejuang, F35 milik Britain ditempatkan di kapal pengangkut HMS Queen Elizabeth terhempas di timur Laut Mediterranean, semalam.

Bagaimanapun, juruterbangnya sempat menyelamatkan diri dan dibawa ke kapal pengangkut pesawat itu, lapor Defense News.

Pesawat F-35B boleh mendarat secara menegak dan ia merupakan salah sebuah daripada lapan pesawat jenis itu berada atas kapal pengangkut tersebut yang pulang dari Timur Jauh.

Pesawat F-35 itu merupakan salah sebuah daripada 24 buah yang diterima Britain.

Britain memesan 48 pesawat jenis itu namun mahu membeli 138 buah walaupun bilangannya mungkin akan dikurangkan.

Sebanyak 10 buah pesawat F-35-B milik Marin Amarika Syarikat (AS) ditempatkan di atas kapal pengangkut tersebut.

Kementerian Pertahanan berkata, kemalangan berlaku pada jam 10:00 GMT semasa operasi rutin dari kapal pengangkut itu. Tiada pesawat lain terlibat.

Siasatan mengenai punca kemalangan sedang dilakukan, katanya. – Defense News

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast