Calon Barisan Nasional N.24 Bemban, Datuk Koh Chin Han. Foto MOHD ADZLAN, 15 NOVEMBER 2021.

AYER KEROH – Rakyat Melaka perlu mengambil iktibar selepas melakukan kesilapan memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, Datuk Koh Chin Han berkata, kini mereka berpeluang untuk mengubah nasib dengan menggunakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini untuk membuat memilih semula BN agar dapat mentadbir kerajaan negeri dengan baik.

Katanya, BN mempunyai rekod cemerlang dalam mengurus tadbir negeri Melaka sebelum ini dan dengan pengalaman selama 60 tahun itu negeri bersejarah ini dapat dimajukan semula dan berada dalam landasan yang betul.

“Rakyat perlu ambil iktibar dan pengajaran pada PRU14 di mana rakyat dulunya telah buat kesilapan memlihi kerajaan yang tak mampu mentadbir urus pelbagai masalah dan rakyat pun susah.

“Negeri, negara pun dah maju dan makmur…maka kita ada satu peluang dimana rakyat perlu guna peluang keemasan iaitu memilih semula satu kerajaan yang mempunyai ‘track rekod’ yang baik lebih 60 tahun,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Chin Han berkata, apa yang paling penting adalah kestabilan dari segi politik dapat dikembalikan kerana dengan adanya keharmonian kaum maka, ia akan membawa kemakmuran.

Tambahnya, semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang pendidikan harus membuat keputusan yang bijak dengan memilih BN yang mampu mengurus negeri Melaka ke arah kemajuan.

Chin Han merupakan calon BN yang akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban pada PRN Melaka, 20 November ini.

Beliau akan bertanding lima penjuru dengan pencabar-pencabarnya adalah Dr Mohd Yadzil Yaakub (PN), Azmi Kamis (Bebas), Ng Choon Koon (Bebas) dan Tey Kok Kiew (PH). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast