MELAKA – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu ini bakal menyaksikan pengoperasian 217 pusat mengundi di 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 112 calon bertanding.
Antaranya, calon dan pembantu dihubungi Bernama berkata wakil Barisan Nasional (BN) di DUN Tanjung Bidara Datuk Seri Ab Rauf Yusoh akan mengundi di tempat sendiri iaitu Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Pulau Tanjung Bidara manakala calon kerusi Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali akan memangkah di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Daun, Masjid Tanah.
Calon-calon lain pula akan mengundi dui luar kawasan mereka bertanding.
Bagi calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Idris Haron yang bertanding kerusi DUN Asahan akan menunaikan tanggungjawabnya di SK Jenis Cina (SKJC) Lih Jen di Pokok Mangga manakala calon Bukit Katil, Adly Zahari akan mengundi di SK Durian Tunggal, Alor Gajah.
Muka baharu calon BN yang bertanding di Asahan, Fairul Nizam Roslan akan mengundi di Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin di Kampung Pengkalan Alor Gajah
Melaka mempunyai 28 kawasan DUN dan seramai 495,195 pengundi berdaftar dengan 240,530 atau 48.57 peratus pengundi adalah lelaki dan baki 254,666 atau 51.43 peratus, wanita.
— BERNAMA