Orang ramai hadir beratur pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal, Melaka, Melaka. Foto SYAFIQ AMBAK, 20 NOVEMBER 2021.

MELAKA – Setakat jam 12 tengah hari tadi hanya 36 peratus pengundi yang sudah mengundi, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR menyasarkan kira-kira 70 peratus daripada 495,196 pengundi yang layak akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Warga emas hadir pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Sekolah Kebangsaan Durian Daun (K), Masjid Tanah, Melaka. Foto FAREEZ FADZIL, 20 NOVEMBER 2021.

Proses pengundian PRN telah bermula 8 pagi tadi dengan 217 pusat pengundian dibuka membabitkan sebanyak 1,109 saluran bagi membolehkan rakyat Melaka memilih kerajaan baharu.

Pengundian membabitkan 476,037 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pengundi, di bawah kendalian 12,290 petugas pilihan raya di 28 kerusi DUN sehingga waktu mengundi tamat pada 5.30 petang. – MalaysiaGazette

Orang ramai hadir beratur pada waktu panas semasa hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Kebangsaan Tanjung Bidara, Melaka. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 20 NOVEMBER 2021.