Asyraf Wajdi Dusuki

MELAKA – Barisan Nasional (BN) mendakwa gabungan parti itu sedang mendahulu’ dua lagi pesaingnya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, yang berlangsung hari ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa, BN sedang mendahului dengan 21 kerusi.

“Setakat pukul 7.38 malam ini BN sedang mendahului 21 DUN daripada 28 keseluruhan DUN. Alhamdulillah,” katanya di laman Facebook beliau sebentar tadi.

Sebelum ini, ASyraf berkata BN mendahuli 10 kerusi sahaja.

Buat masa ini, proses pengiraan undi sedang berlangsung di semua 217 pusat pengundian yang diadakan hari ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), setakat jam 4 petang tadi, jumlah peratusan yang keluar mengundi sebanyak 61 peratus.

SPR sebelum ini menyasarkan kira-kira 70 peratus daripada 495,196 pengundi yang layak akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. – MalaysiaGazette