Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir bagi mengikuti keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Command Centre Barisan Nasional , Ayer Keroh, Melaka. Foto FAREEZ FADZIL, 20 NOVEMBER 2021.

MELAKA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut berada di Pusat Gerakan Barisan Nasional (BN) di Taman Botanikal Ayer Keroh malam ini.

Beliau tiba pada pukul 7.30 petang dan disambut dengan tepukan penyokong BN bagi melihat sendiri keputusan terkini Pilihan Raya Negeri (PPM RN) Melaka.

Terdahulu beberapa pemimpin dan penyokong BN mula berkumpul di situ antaranya Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Mereka menanti keputusan penuh melibatkan 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast