MELAKA – Pengerusi DAP Melaka, Tey Kok Kiew hari ini membuat kejutan apabila meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta selepas kalah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam.
DAP yang bertanding lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya menang empat manakala empat lagi kalah dalam PRN kali ini.
Kata Kok Kiew,keputusan ini merupakan keputusan peribadi selepas kegagalan DAP menang kesemua kerusi tersebut.
Sebelum ini, lapan kerusi yang dipertandingan telah dimenangi oleh DAP pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 lepas.
“Saya ingin memohon maaf kepada semua. Saya ambil tanggungjawab atas apa yang terjadi. Saya mohon maaf pada semua ahli DAP, rakan sekutu PH dan juga semua penyokong kita.
“Kita bukan sahaja gagal membentuk kerajaan negeri yang baru malah lapan kerusi yang kita menangi pada pilihan raya umum 2018 telah berkurangan kepada empat.
“Sebagai ketua negeri, saya mesti bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keputusan pilihan raya negeri. Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya meletakkan jawatan sebagai ketua negeri, berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam sidang hari ini.
bagaimanapun Kok View kekal sebagai ahli DAP.
DAP semalam hanya berjaya mempertahankan empat kerusi iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana, DUN Kesidang, DUN Bandar Hilir dan DUN Ayer Keroh malah Kok View yang juga calon kerusi DUN Bemban juga tewas dengan pertandingan lima penjuru.
Sebelum ini, Kok View pernah bertanding dan menang kerusi Bandar Hilir sejak PRU 2008 sebelum memilih kerusi DUN Bemban. – MalaysiaGazette
Dap cepat bertindak tapi pkr bila agaknya akan ikut cara dap ni. Kalau dah rakyat tak suka tak usahlah nak jadi wakilnya