Covid-19 cases Noor Hisham Abdullah infection
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,501 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, angka tersebut menunjukkan penurunan berbanding semalam iaitu 6,144 kes.

Maklumat yang dikongsi Dr Noor Hisham menerusi Facebook itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan meningkat kepada 2,614,480.

Perkembangan terkini dan terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow: https://covidnow.moh.gov.my. – MalaysiaGazette