KUALA LUMPUR – Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka mulai esok.
Selain itu, beliau juga meletakkan jawatannya sebagai Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Malaysia (Bersatu).
“Saya ingin memohon jutaan kemaafan atas segala kekhilafan sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Pengerusi PN Melaka dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohd. Rafiq, surat peletakan jawatan akan diserahkan kepada Presiden Bersatu yang juga Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Mohd Rafiq, peletakan jawatan ini bagi memberi peluang kepada kepimpinan baru untuk mengetuai Bersatu dan PN Melaka supaya mempunyai masa yang mencukupi bagi membuat segala persiapan bagi menghadapi PRU-15.
“Peletakan jawatan ini juga bagi membolehkan segala fokus dapat saya berikan untuk memperkukuhkan kedudukan dan sokongan rakyat terhadap PN Parlimen Tangga Batu dan Bersatu Bahagian Tangga Batu serta memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tanggungjawab saya sebagai Naib Presiden Bersatu menjelang PRU-15.
“Saya berharap dan berdoa agar rakyat Melaka dan rakyat Malaysia dapat terus memberikan sokongan kepada PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan moga-moga PN akan mencapai kejayaan yang cemerlang pada PRU-15 yang bakal tiba nanti,” katanya.
PN semasa diketuai Mohd Rafiq kalah dan tidak berjaya membentuk kerajaan negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini.
Sebelum itu, ada khabar angin Mohd Rafiq kecewa kerana semasa PRN Melaka, PN tidak menamakan dirinya sebagai calon ketua menteri kerana memilih Ahl Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.- MalaysiaGazette
Aikkk PN Tangga Batu? Hari tu ko lari ke Telok Mas..dah kalah kau nak balik semula ke Tangga Batu? haaa
Alàa..kesiannya dh ker kalah hilang jwtn pulak tu ler masa ada jwtn kau sombong smpai semua ahli marah dan benci..lain kali ingat jwtn tu bkn utk bermegah tapi amanah jd pikul amanah dgn ikhlas dan jujur mcm BossKu.