Datuk Seri Mazlan Lazim.

GEORGE TOWN – Kerajaan memperuntukkan RM300 juta untuk pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang yang baharu di daerah Timur Laut.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, peruntukan itu diberikan pada Rancangan Malaysia Ke-12 menerusi Kementerian Dalam Negeri.

Jelas beliau, pihaknya yakin pembinaan IPK baharu itu mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di negeri ini.

“Pembinaan IPK itu kini dalam proses pemberian tender oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). 

“Bangunan pentadbiran itu akan dilengkapi dengan kemudahan surau, taska, gelanggang futsal, auditorium dan lain-lain lagi.

“Selain itu, pembinaan 200 unit rumah anggota dan pegawai PDRM di kawasan tersebut turut menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan anggota kita apatah lagi dalam situasi di Pulau Pinang yang mana kos sewa rumah adalah tinggi jika dibandingkan dengan elaun rumah RM350 yang diterima mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan serta bakul makanan kepada golongan asnaf dan pesara polis di Pangkalan Polis Marin Batu Uban di sini, hari ini.

Untuk rekod, IPK Pulau Pinang di Jalan Penang, di sini, mula digunakan sejak 1937, kini sudah usang dan tidak ekonomik bagi dibaiki. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast