Kluster COvid-19
Gambar hiasan

Kemunculan varian baharu Bostwana Covid-19 amat membimbangkan para saintis kerana ia bukan sahaja lebih mudah merebak malah vaksin sedia ada mungkin menjadi kurang berkesan untuk membendung penularannya.

Jumaat lalu pengeluar vaksin Pfizer memaklumkan sedang membuat penyelidikan mengenai mutasi yang dilabel oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai Omicron untuk menentukan sama ada ‘pengubahsuaian’ perlu dibuat terhadap vaksin keluarannya.

Firma Amerika itu berkata, pihaknya mungkin akan membangunkan dos baharu dalam tempoh enam minggu dan memulakan penghantaran dalam tempoh tiga bulan.

Bagaimanapun, pakar memberitahu The Mail Ahad lalu, terdapat vaksin sedia untuk digunakan yang lebih berkesan menangani varian baharu.

Vaksin tersebut dibangunkan oleh firma Perancis Valneva dan telah mendapat tempahan kerajaan United Kingdom namun dibatalkan.

Saintis berpandangan bahawa vaksin Valneva mempunyai kelebihan kerana kaedah penghasilan yang berbeza.

Ia menangandungi apa yang dikenali sebagai virus tidak aktif di mana keseluruhan virus Covid telah dineutralkan.

Biarpun ia tidak mencetuskan sebarang penyakit, sistem imunisasi akan bertindakbalas dengan mengenal pasti ancaman serta mencipta antibodi dan sel-sel melawan yang membolehkan tubuh memerangi virus sebenar jika dijangkiti.

Vaksin lain seperti Pfizer dan AstraZeneca pula menggunakan fragmen genetik daripada satu bahagian virus Covid yang dikenali sebagai protin spike – seksyen yang membenarkannya untuk dijalin dengan sel-sel sihat.

Bahagian inilah yang cenderung untuk bermutatasi di mana 32 mutasi ditemui dalam varian Botswana kesemuanya berkaitan dengan protin spike yang akan meningkatkan peluang di mana antibodi berkembang sebagai tindak balas yang tidak dapat dikenali oleh vaksin lain, sekaligus membolehkan virus menular.

Oleh kerana suntikan Valneva mempunyai lebih banyak bahagian virus untuk sistem imunisasi bertindak balas, pakar yakin ia lebih ‘kebal varian’ berbanding vaksin yang lain.

Pakar Kanak-Kanak dan Ahli Jawatankuasa Bersama Vaksininasi dan Imunisasi yang merupakan kumpulan penasihat kerajaan, Profesor Adam Finn berkata, ada pendapat yang kukuh secara teori bahawa suntikan Valneva menyedakan perlindungan terhadap varian Bostswana.

“Amat jelas kita perlu lihat bagaimana ia bertindak balas terhadap varian ini tetapi saya fikir terdapat pendapat yang kukuh tentang keberkesanannya sekarang,” katanya.

Keputusan ujian yang didedahkan bulan lalu menunjukkan dua dos Valneva adalah 95 peratus berkesan dalam mencegah jankgkitan. Ujian terhadap 4,000 peserta itu juga menunjukkan tiada sebarang kes penyakit serius selepas suntikan.

Disember lalu, United Kingdom menempah100 juta dos Valneva atas nasihat bekas penasihat kerajaan tentang vaksin, Dame Kate Bingham yang mengenapasti vaksin tersebut mempunyai tindak balas imunisasi yang lebih luas terhadap varian.

Bercakap pada Februari lalu, beliau berkata: “Vaksin itu (Valneva) saya bayangkan dapt digunakan sebagai suntikan penggalak sebelum musim sejuk yang boleh mengatasi varian.”

Bagaimanapun UK membatalkan tempahan dengan Valneva September lalu mendakwa firma itu telah melanggar terma perjanjian pembekalan bagaimanapun dakwaan itu dnafikan Valneva.

Awal minggu sebelum varian baharu ditemui, Bingham mengkritik pembatalan kontrak itu sebagai ‘gagal diperjelaskan’ manakala Prof Finn yang mengetuai ujikaji Valneva berkata, kerajaan UK patut mengkaji semula Valneva.

“kita terlampau fokus kepada beberapa vaksin di negara ini, dan bukanlah idea yang bagus untuk bergantung kepada satu pilihan, anda perlu lebih daripada satu opsyen dalam keadaan varian yang berbahaya dan sukar dijangka ini,” katanya

Sementara itu pakar farmaseutikal di King College London, Profesor Penny Ward berkata, jika kajian menunjukkan wujudnya penurunan imunisasi, UK perlu melaksanakan kempen penggalak yang berbeza.

Sementara itu, menurut virologis di Imperial College London, Profesor Wendy Barclay, tempoh beberapa bulan diperlukan sebelum saintis mengetahui kesan varian baharu terhadap vaksin.

‘Kita yakin vaksin sedia ada masih menyediakan perlindungan namun tidak mustahil ia menjadi semakin kurang berkesan kepada sesetengah orang,” katanya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast