KUALA LUMPUR – Bersempena dengan sambutan Hari OKU Sedunia 2021, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menawarkan tambang percuma kepada pengguna kelainan upaya (OKU) beserta seorang pengiring selama sembilan hari; bermula Sabtu ini, 4 Disember sehingga 12 Disember.

Tambang percuma ini akan melibatkan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan Bas Rapid Transit – Laluan Sunway (BRT) kendalian Rapid KL.

“Pengguna OKU hanya perlu mempamerkan kad OKU dan MyKad bagi pengiring di mana-mana kaunter khidmat pelanggan Rapid KL bagi mendapatkan token perjalanan percuma,” menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan Prasarana di sini hari ini.

Prasarana berharap dengan tawaran tambang percuma ini dapat menggalakkan warga OKU untuk menggunakan perkhidmatan kami khususnya bagi mereka yang belum pernah mencuba mod pengangkutan awam.

Berdasarkan statistik dari bulan Januari hingga Oktober 2021, seramai 119,167 pengguna OKU telah menggunakan perkhidmatan rel kendalian Rapid KL.

Jumlah ini dijangka bertambah sejajar dengan kemudahan fasiliti OKU yang lengkap dan pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 tidak lama lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast