Kebanyakan pesakit yang dijangkiti varian Omicron Covid-19 mendapat simptom ringan manakala pesakit yang tidak divaksinasi menunjukkan simptom yang agak teruk, kata Pengerusi Persatuan Perubatan Afrika Selatan (SAMA).- Gambar hiasan. foto The Guardian

TIDAK  sampai sebulan, dunia dikejutkan dengan kemunculan variant baru yg dikenali sebagai Omicron yang dikhabarkan lebih ganas daripada Varian Delta yang sebelum ini memberi tamparan hebat kepada dunia kerana berpotensi menberi kadar infeksi yang cepat dan boleh menjangkiti seseorang dengan pantas. Hadirnya varian baru ini menggusarkan kita kerana kita baru sahaja berubah ke arah endemik. Namun, benarkah Omnicron ini lebih merbahaya sehingga bolehmelumpuhkan usaha kerajaaan bagi membawa Malaysia ke arah endemik?

Omicron seperti yang dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mula dikesan
kemunculannya di Afrika Selatan oleh para saintis di negara itu pada 7 November 2021. Ia merupakan strain baharu virus Covid-19 dan juga dinamakan sebagai B.1.1.529. Namun WHO telah mengkategorikan ia sebagai varian yang membimbangkan pada 26 November 2021 kerana ia boleh merebak dengan cepat dan boleh mengakibatkan keterukan jangkitan yang lebih membimbangkan.

Ini adalah kerana “spike protein” varian ini lebih berbeza degan variant seperti varian Delta, Beta dan Gamma. Para saintis melaporkan varian ini lebih bahaya disebabkan ia mengalami 50 kali mutasi dan mempunyai lebih daripada 30 “spike protein” yang berbeza.Hal yang demikian boleh menyebabkan keberkesanan vaksin menjadi kurang kerana kebanyakan vaksin sedi ada mensasarkan spike protein ini sebagai target bagi menghalang kemasukkan virus ke dalam tubuh manusia.

Tetapi kes yang semakin meningkat di Afrika Selatan baru-baru ini telah dilaporkan diakibatkan oleh varian Omnicron . Ditambah lagi,banyak kes jangkitan covid di sana , dirawat di hospital yang secara tidak langsung menggambarkan bahawa varian ini berupaya meningkatkan kadar keterukan jangkitan. Walau bagaimanapun disebabkan ia baru sahaja dikesan, bukti mengenai hal ini masih dikumpul melalui kajian epidemologi bagi memberi gambaran yang lebih tepat tentang “keganasan” yang boleh diakibatkan oleh varian ini.

Sumber daripada website WHO juga melaporkan varian ini boleh dijangkiti semula buat kali kedua dengan lebih mudah berbanding varian sediada. Keberkesan vaksin terhadap omicron juga masih belum diketahui. Buat masa ini test ujian bagi mengenalpasti varius covid-19 masih lagi releven. Sekiranya pesakit dijangkiti oleh Omicron , pertubuhan dunia terbesar ini masih melaporkan kaedah buat masa sekarang seperti penggunaaan ubat steriod dan “IL-6 receptor blockers “ masih lagi berkesan.

Selain daripada itu langkah kesihatan awam seperti memakai separuh pelitup muka,
penjarakan fizikal , cuci dan sanitasi tangan wajib dipraktiskan dan masih merupakan langkah efektif bagi mencegah varian tersebut. Kementerain Kesihatan Malaysia (KKM) telahpun melakukan tindakan aktif bagi menghalang kemasukan varian ini ke negara kita. Antaranya, KKM mencadangkan dengan menyenaraikan negara seperti Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe dan Malawi dalam senarai sekatan perjalanan sementara.Ini adalah antara negara yang berisiko tinggi
dengan lonjakan kes daripada varian tersebut.

Tindakan ini wajar disebabkan sebanyak 20 negara melaporkan varian Omnicron telah berada di negara seperti Belanda, United Kingdom, Australia dan Hong Kong. Sementara itu KKM akan meneruskan pemantauan yang rapi bagi megesan sebarang kes yang mugkin disebabkan oleh varian Omnicron berada di negara kita. Namun buat masa ini KKM telah mengesahkan bahawa varian ini masih belum dikesan di negara kita melalui ujian makmal sedia ada. Baru-baru ini juga Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melaporkan akan menghentikan fasa endemik buat seketika sehingga pengetahuan tentang keganasan varian ini lebih diketahui.

Pengambilan dose penggalak bagi golongan berisiko masih lagi relevan dan antara langkah terbaik bagi memastikan melawan jangkitan virus yang mengerunkan ini sekiranya ia berada di komuniti kita. Marilah kita terus berusaha dan berdoa bagi membendung covid-19 ini bersama-sama dan jangan lalai atau lesu bagi medapatkan kehidupan yang lebih bermakna.

Prof Madya Dr Mohd Radzniwan A Rashid,
Pensyarah Perubatan Keluarga,
Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan
Universiti Sains Islam Malaysia(USIM)