Majlis Daerah Hulu Selangor kini naiktaraf kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

SHAH ALAM – Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini, meluluskan pengiktirafan menaiktaraf dua majlis daerah kepada majlis perbandaran dengan pindaan Rang Undang-Undang (RUU).

Dua pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dinaiktaraf itu ialah Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) 2021 dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) 2021.

Kedua-dua PBT itu mendapat sokongan hampir semua Ahli Dewan Undangan (ADUN) yang hadir melalui undian suara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast