Mohamad Aniq Kasdan. Foto Facebook Ayub Rahmat.

KUALA LUMPUR – Atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan memenangi pingat emas pada Kejohanan Kelayakan Sukan Komanwel 2022 yang diadakan bersama dengan Kejohanan Angkat Berat Dunia 2021 di Uzbekistan, semalam.

Dia yang beraksi dalam kategori 55 kilogram (kg) lelaki berjaya melakukan angkatan 107kg bagi kategori snatch dan 142kg clean and jerk untuk mencatat keseluruhan 249kg. sekali gus memecahkan rekod kebangsaan sebelum ini dengan catatan 248kg.

Keputusan itu menyaksikan Aniq mengakhiri saingan kategori berkenaan di kedudukan kelima pada Kejohanan Angkat Berat Dunia. Dia juga membawa pulang pingat perak bagi kategori clean and jerk dalam saingan Kejohanan Dunia.

“Kejayaan ini adalah pencapaian terbaik Malaysia dalam sejarah penganjuran Kejohanan Angkat Berat Dunia kerana berjaya memenangi pingat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast