BANGKOK – Thailand mengesahkan tiga kes import varian Omicron COVID-19 dan mengesan satu lagi kes kebarangkalian untuk virus itu, membabitkan seorang lelaki tempatan yang pulang dari Congo, kata Letua Pengarah Jabatan Sains Perubatan, Dr Supakit Sirilak.

Beliau berkata, kes pertama melibatkan seorang warga Amerika berusia 35 tahun yang tiba dari Sepanyol manakala kes kedua dan ketiga membabitkan wanita Thailand berusia 36 dan 46 tahun, balik dari Lagos, Nigeria.

“Penjujukan genom mengesahkan ia varian Omicron,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Suakit berkata, kes keberangkalian terbaharu untuk varian Omicron itu melibatkan rakyat tempatan berusia 41 tahun, bekerja dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan baru pulang dari Congo.

Beliau berkata, lelaki itu sudah pun lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 dan menjalani kuarantin sejak tiba di Thailand.

“Pihak berkuasa kesihatan sedang meningkatkan pengesanan kontak untuk membendung penularan virus itu,” katanya.

Sementara itu, Dr Supakit berkata, Jabatan Sains Perubatan telah menjalankan ujian ‘single nucleotide polymorphisms (SNP)’ dan ‘whole genome sequencing (WGS)’ ke atas 1,649 ketibaan dari luar negara.

“Sehingga kini, tiada kes penularan tempatan bagi varian Omicron dilaporkan,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast